Wan Rosdy Wan Ismail

PEKAN – Abang Belon atau nama sebenarnya Muhammad Zaimuddin Azlan, 28, boleh mencuba nasib utuk berniaga di Pahang.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemuda berkenaan boleh membuat permohonan terbuka melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini.

”Andai Abang Belon nak berniaga di Kuantan boleh mohon macam biasa,” katanya ringkas ketika ditanya berkaitan isu yang menimpa anak kelahiran Pahang yang tular berkaitan pihak Dewan bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini.

Wan Rosdy turut menambah kedua-dua pihak peniaga dan pihak PBT perlu memainkan peranan berkaitan isu peniagaan di sesuatu kawasan.

”Kedua-dua pihak peniaga dan PBT perlu bertanggungjawab, maka kedua-dua pihak kena main peranan, tidak boleh satu pihak sahaja.

”Sekarang kita serah kepada pihak berkuasa kerana kedua-dua pihak sudah buat laporan polis. Kita tunggu siasatan lanjut

“Kita tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya (pada hari kejadian), (jadi) kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk buat siasatan. Tapi untuk sementara itu kerajaan negeri bantu dari segi kebajikan, bantuan ihsan.” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Pahang, di Dewan Dato’ Shahbandar, Chini, di sini hari ini.

Tedahulu kejadian pada Jumaat lalu tular menerusi satu video berdurasi 1 minit 42 saat yang dimuat di Facebook memaparkan  kekecohan antara penjaja belon dan anggota penguat kuasa DBKL ketika proses penyitaan barangan di tepi jalan berkenaan dilakukan.

Semasa proses penyitaan dijalankan, berlaku pergelutan antara anggota penguat kuasa DBKL dan penjaja terbabit selain beberapa penjaja lain yang turut membuat provokasi.

Sebelum ini dalam perkembangan sama Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan para peniaga dan juga pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini agar bertanggungjawab dalam menjalankan peranan masing-masing.

Baginda bertitah dalam apa jua bentuk urusniaga yang dijalankan perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah disediakan antaranya peniaga perlu memohon lesen atau permit perniagaan manakala pihak berkuasa tempatan (PBT) pula perlu menyediakan tempat yang khusus. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN :

Kerajaan Negeri Pahang hulur bantuan kepada Abang Belon

Sultan Pahang titah peniaga dan penguatkuasa patuh undang-undang

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here