Lokasi kejadian 10 lelaki ditahan merusuh di Sungai Ara, Pulau Pinang malam tadi.

BAYAN LEPAS – Polis menahan 10 lelaki yang terlibat dalam rusuhan bersenjata di kawasan Sungai Ara dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung rusuhan tersebut jam 10.15 malam sebelum sepasukan polis ke lokasi bagi menjalankan siasatan.

“Seramai 10 lelaki berusia 15 hingga 41 tahun ditahan yang dipercayai terlibat dalam rusuhan tersebut ditahan.

“Hasil siasatan mendapati punca kejadian disebabkan perselisihan tapak penjualan mercun antara dua premis di lokasi tersebut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, kesemua suspek direman selama tiga hari sehingga 3 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Kita juga menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here