Keadaan kebakaran besar yang turut memusnahkan rumah di sekitar akibat kebocoran saluran paip gas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya, Selangor. Foto MUHAIMIN MARWAN, 1 APRIL 2025

KUALA LUMPUR- Pusat Koordinasi Kecemasan Perubatan (MECC) telah mengaktifkan lapan pasukan perubatan daripada pelbagai hospital di Lembah Klang untuk memberikan respons di lokasi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataanya malam ini berkata, dua daripada pasukan itu diketuai oleh Pakar Perubatan Kecemasan (level 1 responder) yang terdiri daripada lima kakitangan dari Hospital Ampang dan Hospital Serdang.

Manakala empat pasukan lagi diketuai oleh Pegawai Perubatan dari Hospital Putrajaya, Hospital Cyberjaya, Hospital Kajang, Hospital Shah Alam, Hospital Banting dan Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang.

KKM memaklumkan pasukan berkenaan ditempatkan di tiga lokasi pusat pengumpulan mangsa bersama-sama dengan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Setakat 6 petang, seramai 100 mangsa telah menerima rawatan di hospital-hospital sekitar Lembah Klang iaitu 12 orang di Zon Merah, 50 orang di Zon Kuning dan 38 di Zon Hijau.

“Pecahan mangsa yang menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) ialah Hospital Putrajaya (14 orang), Hospital Serdang (28), Hospital Cyberjaya (25), Hospital Ampang (1) dan Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN) Kajang (2 orang),” katanya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here