Bot Melaka River Cruise di Sungai Melaka.

MELAKA – Tiga buah bot pelancongan Sungai Melaka, Melaka River Cruise (MRC) yang sudah berusia 20 tahun akan dijenamakan semula menjadi restoran Melayu klasik termasuk sebuah akan ditempatkan di Banda Hilir di sini bermula Jun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) Shaharul Azuar Idris berkata, ia sekali gus menjadi tarikan produk baharu pelancongan negeri berhampiran Bangunan Stadthuys dan Kubu Middleburg atau Bastion Middleburg.

Menurutnya, ketiga-tiga bot berkenaan mempunyai nilai sentimental yang tinggi kerana merupakan antara bot terawal digunakan MRC sejak awal penubuhan PPSPM, dua dekad lalu.


Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) Shaharul Azuar Idris

“Namun, faktor usia menyebabkan bot-bot ini tidak selamat lagi digunakan untuk membawa penumpang menyusuri Sungai Melaka sebab itu kita jadikan ia sebagai restoran terapung berkonsepkan Melayu klasik.

“Kita dah kenal pasti beberapa lokasi sesuai antaranya di muara sungai dan Sungai Melaka Fasa Dua yang dijangka akan siap pada Jun ini,” katanya.

Mengulas lanjut, jelasnya projek berkenaan yang mengambil contoh daripada Restoran Terapung Mendam Berahi, dilihat akan merancakkan lagi sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD2025) September ini.


Lokasi di muara Sungai Melaka berhampiran Kubu Middleburg atau Bastion Middleburg menjadi antara restoran terapung berkonsepkan Melayu klasik menjelang Jun ini.

“Sebagai sebuah negeri pelancongan, Melaka mesti sentiasa mempunyai tarikan produk baharu dan segar supaya pengunjung tidak hanya menikmati produk ikonik sedia ada.

“Jadi kita akan bekerjasama dengan usahawan makanan untuk jadikan restoran terapung ini selain pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang mempunyai kemahiran dalam dalam bidang bot gentian fiber,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here