PUCHONG – Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengesahkan menerima aduan daripada penduduk setempat berhubung aktiviti korek tanah yang dijalankan di kawasan Putra Heights sebelum berlaku kebakaran paip gas pada 1 April lalu.
Datuk Bandar Subang Jaya, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim berkata, aduan telah dikemukakan melalui sistem pelaporan MBSJ dan tindakan susulan telah diambil berdasarkan prosedur sedia ada.
“Aduan itu memang ada. Kita sahkan laporan mengenai kerja-kerja pengorekan yang mencetuskan kebimbangan penduduk. Pengawai kita ada lawat lokasi tersebut dan tidak ada sebarang masalah kerja itu,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, hari ini.
Namun, beliau tidak mengulas sama ada terdapat tindakan penguatkuasaan atau pemantauan tambahan dilaksanakan sebelum kejadian berlaku.
Sebelum ini, Amirul dilaporkan mengesahkan projek pembangunan berhampiran lokasi kebakaran saluran paip gas tersebut mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan itu.
Beliau berkata, projek berkenaan bukan berada dalam Rizab Laluan (ROW) Petronas dan diberikan kelulusan serta kebenaran merancang (KM) pada 2022.
Sementara itu, Hussein berkata, pihak polis tidak menerima aduan daripada penduduk mengenai kerja korek tanah sebelum kebakaran berlaku.
“Tapi pihak MBSJ telah sahkan mereka memang ada terima laporan. Jadi itu kita ambil maklum dan siasatan kini sedang berjalan bagi meneliti semua sudut termasuk aspek aduan awam.
“Kita lakukan siasatan menyeluruh termasuk meneliti sama ada kerja korek tanah itu telah mengganggu laluan paip gas Petronas yang terletak pada kedalaman 5.6 meter,” katanya.
Hussein juga mengalu-alukan orang awam yang menghantar pelbagai video serta maklumat lain untuk membantu siasatan.
“Maklumat orang ramai amat penting. Kami alu-alukan sebarang rakaman, saksi atau laporan yang boleh bantu kenal pasti punca sebenar kejadian ini,” ujarnya. -MalaysiaGazette
Ada yang saran seorang yang punyai pengetahuan mendalam berkenaan gas pipeline dari 3rd party untuk mengetahui siasatan ini, ianya adalah perkara2 yang sangat technical berkenaan gas pipeline.
Maaf untuk dikatakan, ini adalah kerana ramai yang kurang yakin dengan pasukan penyiasatan yang ada sekarang yang rata2 tidak mempunyai pengetahuan mendalam berkenaan gas pipeline engineeting.
Di pesisir offshore Malaysia, jaringan gas pipelines berselerakan beribu2 kilometer bagaikan speggetti. Ada yang sudah beroperasi puluhan tahun berbakti untuk Malaysia, generating beratus billion ringgit untuk kantung kerajaan.
Selagi mana sistemnya tidak diganggu, ianya still intact/kukuh tanpa ada sebarang kemalangan. Kes diPutra Height ni sudah pastinya ada kontraktor yang menganggu sistemnya menyebabkan vibration dan sebagainya dan terus bommmmm kebabommmmm.