PUCHONG – Polis belum mendedahkan nama syarikat kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja pengorekan berhampiran paip gas yang terbakar di Putra Heights, di sini, Selasa lalu berikutan siasatan masih lagi dilakukan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan berada para peringkat awal dan tumpuan adalah untuk mengenal pasti sama ada wujud kecuaian atau unsur jenayah.
“Kita tidak dedahkan nama kontraktor buat masa ini kerana fokus siasatan sekarang adalah kepada tempat kejadian dan kemungkinan sama ada kerja korek tanah itu telah mengganggu laluan paip gas atau tidak,” katanya.
Beliau menyatakan demikian pada sidang media harian di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PTPK) kebakaran paip gas, di sini, hari ini.
Menurut Hussei, siasatan yang dijalankan adalah di bawah kertas ‘inquiry police’ yang memberi kuasa kepada pasukan keselamatan itu memanggil semua berkaitan untuk diambil keterangan yang membabitkan kontraktor dan agensi teknikal yang meluluskan kerja-kerja tersebut.
“Kita tidak mahu buat sebarang tuduhan awal tanpa siasatan lengkap. Kita siasat secara profesional dan sekiranya ada asas kukuh nanti, tindakan seterusnya akan diambil,” ujarnya. -MalaysiaGazette
Kelihatan ada beberapa orang Petronas engineers ditapak kemalangan. Natizen saran gather all information, analyse finding dan buat presentation kepada management anda sebab2 berlakunya leakage pada pipeline, mungkin struktur tanah sudah tidak stabil diganggu oleh kontraktor dan berlaku vibration dsb, anda lebih arif. Then publish findings anda kepada umum.
Ini membolehkan umum menganalisa sendiri finding dari pasukan penyiasatan yang diketui oleh polis dan orang2 MB. Ini nampak lebih adil!
Harap2 cadangan ini diterima kerana ada yang sudah tidak lagi yakin dengan pasukan yang ada sekarang.