A boy sits in the back of a tricycle cart with sacks of flour provided by the Turkish disaster relief agency AFAD, received from a supply centre affiliated with the United Nations Relief and Works Agency for Palestine refugees (UNRWA) in al-Tifah neighbourhood of Gaza City on April 1, 2025. Photo AFP

NEW YORK – Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran bahawa bekalan bantuan kemanusiaan di Genting Gaza semakin berkurangan ke tahap berbahaya, dengan situasi di wilayah itu semakin merosot dengan cepat, dan menggesa agar sekatan Israel ditamatkan segera bagi membolehkan bantuan disalurkan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad, UNRWA berkata lebih sebulan telah berlalu sejak Israel menyekat kemasukan bekalan kemanusiaan dan komersial ke Gaza.

Agensi itu menegaskan pasukannya terus menyalurkan bantuan menggunakan sumber terhad yang ada, namun memberi amaran bahawa stok bekalan semakin kehabisan dan keadaan semakin meruncing.

UNRWA menggesa sekatan Israel ditamatkan segera dan penghantaran bantuan kemanusiaan ke wilayah terkepung itu disambung semula tanpa berlengah, tambah UNRWA. – BERNAMA-WAFA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast