PUTRAJAYA – Masyarakat di negara ini digesa untuk tidak memberikan ruang dan peluang kepada mana-mana individu yang tidak bertanggungjawab untuk mempolitikan sesuatu isu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri itu berkata, setiap ruang berhubung isu yang berlaku harus ditutup sebaiknya manakala isu yang dimainkan di media sosial tidak disensasikan untuk kepentingan sendiri.
“Kita kadang kala terlalu diheret mengenai terutama media sosial atau media kerana kadang mereka suka sensasi. Jadi hal-hal yang kecil yang boleh kita tangani dengan baik dijadikan besar.
“Seolah perang akan berlaku, soal kuil (pemindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman) (akan wujud) perang, soal (serangan terhadap Abang) Belon (akan wujud) perang padahal boleh kita atasi dengan baik.
“Sebab itu saya ingin mengesyorkan supaya jangan berikan ruang,” katanya dalam ucapan sempena Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan April tahun 2025 di Dewan De’ Seri Endon, PUSPANITA hari ini.
Turut hadir adalah Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Hadir sama adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
Penghujung Mac lalu, Dr Zaliha berkata, isu kontroversi membabitkan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India mencapai penyelesaian selepas pihak pengurusan bersetuju berpindah ke tapak baharu yang terletak hanya 50 meter dari lokasi asal.
Persetujuan itu jelas Dr Zaliha dicapai hasil rundingan bersama kerajaan menerusi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Mengulas lanjut, Anwar berkata, isu-isu yang disensasikan di platform media sosial juga harus ditangani dengan baik agar kesejahteraan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum terus terpelihara di negara ini.
“Jangan berikan ruang kerana sesetengah orang dia bebal ini dan dia tidak fikir kepentingan umum semuanya mahu dipolitikan semuanya mesti dengan cara menghukum tersebut juga kita semuanya kafir dan munafik semuanya jahat tak boleh begitu,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Anwar turut menganjurkan agar negara terus berpegang kepada tonggak Melayu yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kedudukan kerajaan Perpaduan dan Majlis Raja-Raja Melayu.
Malah Malaysia harus mengutamakan kepentingan bersama dan tidak membiarkan politik membutakan masyarakat hingga menganggap semua orang sebagai musuh tanpa melihat kebaikan dan usaha yang telah diberikan kumpulan-kumpulan tertentu, katanya.
“Tidak bermakna kita harus sentiasa kalau ada kenyataan dengan golongan minoriti suku lain suku lain, kaum lain itu mesti terus menghina sahaja, (masyarakat) tidak boleh dan tidak pernah menjadi asas dalam ajaran agama kita,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Dahulu Malaysia punyai pencapaian index yang baik didunia dalam segala bidang ekonomi, sosial, taraf hidup, hak bersuara dan sebagainya.
Dibawah PMX semuanya kini MERDUMMMMM..DUMMM..DUMMM.DUMMM
Imej dan reputasi Petronas dimata dunia telah terjejas teruk. Natizen cadangkan supaya pihak pengurusan untuk melantik 3rd party expert untuk menjadi pasukan penyiasat yang berkredibiliti.
Sehingga ini setelah 7 hari kecelakaan masih belum ada apa2 lagi findings yang significant.
Ada juga natizen yang tidak yakin dengan kebolehan pasukan sekarang yang rata2 orang MB dalam menyiasat kerana mereka lansung tak punyai apa2 pengalaman berkenaan pipeline/trunkline engineering. Sehingga kini seolah2 ada sesuatu yang disorok2kan.