Gambar hiasan.

MELAKA – Tindakan seorang lelaki memukul jirannya kerana suka membuat bising dengan berkaraoke memakan diri apabila dia diberkas polis, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, suspek berusia 40 tahun dikatakan memukul jirannya yang berusia 65 tahun menggunakan sebatang besi padu di kawasan jalan tepi Sungai Alai, Pengkalan Jajar Alai, di sini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati, berlaku pertengkaran mulut antara pengadu dan suspek di tepi Sungai Alai sehingga kedua-dua mereka saling ludah meludah ke muka masing-masing.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit

“Punca kejadian dikatakan apabila mangsa suka berkaraoke dan suspek menegur perbuatan bising itu telah mengganggu dia dan keluarganya menyebabkan mereka tidak lagi bertegur sapa.

“Pergelutan pada Khamis lalu akhirnya mendorong suspek memukul pengadu menggunakan sebatang besi dan terkena pada bahagian lutut kiri mangsa sebelum warga emas itu membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lokasi kejadian suspek berusia 40 tahun dikatakan memukul jirannya warga emas berusia 65 tahun menggunakan sebatang besi padu di jalan tepi Sungai Alai, Pengkalan Jajar Alai, Melaka, 3 April lalu.

Bertindak hasil maklumat, polis menahan suspek pada jam 1 tengah hari sama dan permohonan reman dibuat selama empat hari sebelum disambung lagi tiga hari sehingga 10 April ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja, menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here