KUALA LUMPUR – Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Denpasar, Indonesia ke Kuala Lumpur dilencongkan ke Singapura hari ini.
Bagaimanapun setakat ini tidak diketahui mengapa penerbangan MH714 dilencongkan ke negara jiran itu.
Pesawat Airbus, A330 itu berlepas dari Denpasar pada jam 1.19 petang dan mendarat di Singapura pada jam 3.58 petang.
Pesawat tersebut dijadualkan tiba di lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 3.45 petang sebelum dilencongkan ke republik tersebut. – MalaysiaGazette