Screenshot

NIBONG TEBAL – Polis telah merakam keterangan lima daripada tujuh pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di sini, yang dipercayai terlibat dalam kes buli yang tular di media sosial sejak semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Deputi Superintendan Mohd Norazmi Abd Ghapar berkata, kelima-lima pelajar berkenaan termasuk mangsa telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan untuk membantu siasatan.

“Mereka hadir semalam dan dibenarkan pulang selepas kita selesai merakam keterangan masing-masing.

“Dua lagi pelajar akan dipanggil dalam masa terdekat.

“Selain itu, kita juga akan merakamkan keterangan pihak sekolah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya sejurus siasatan selesai dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/04/07/polis-sudah-kenal-pasti-tujuh-pelajar-terlibat-kes-buli-mrsm/

Media semalam melaporkan, polis mengesahkan insiden tersebut berlaku pertengahan tahun lalu dan pelajar yang terlibat juga sudah dikenal pasti.

Sementara itu, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan di Facebook mengesyorkan agar ketujuh-tujuh pelajar yang terlibat dikenakan tindakan buang sekolah.

Kata beliau, dua daripada pelajar terbabit dikenal pasti melakukan buli fizikal, manakala baki bersubahat.

Beliau menegaskan, MARA tidak akan berkompromi dengan mana-mana bentuk perlakuan buli dan menyeru agar tindakan tegas diambil demi menjaga imej institusi serta keselamatan pelajar lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here