Seorang anggota polis parah akibat tertembak dirinya sendiri dalam kejadian di IPK Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang anggota polis cedera akibat tertembak dirinya sendiri dalam kejadian di pos pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.10 petang, koperal lelaki berusia 58 tahun itu dilaporkan cedera akibat tertembak bahagian kepalanya menggunakan pistol jenis P99.

Mangsa dikatakan bertugas sebagai penyelia pos berkenaan bermula jam 8 pagi hingga 4 petang hari ini namun dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas selesai tugas.

Difahamkan, satu das peluru tersebut turut menembusi cermin pejabat berkenaan.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan parah.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad mengesahkan kejadian dan memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here