Bongkah batu seberat 50 kg yang terjatuh dari lereng bukit di Jalan Paya Terubong pada Jumaat lalu.

GEORGE TOWN – Kematian seorang buruh binaan warga Bangladesh di Jalan Paya Terubong, pada Jumaat lalu bukan berpunca akibat dihempap batu seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Sebaliknya, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari berkata, ia berpunca selepas lelaki tersebut melanggar bongkah batu yang telah jatuh lebih awal ke atas jalan.

Jelas beliau, ia berdasarkan siasatan susulan yang dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri di lokasi kejadian.

“Siasatan mendapati batu besar yang berada di lokasi dipercayai menggelongsor dari cerun disebabkan akar pokok yang reput dan tanah yang lembik berikutan hujan.

“Berdasarkan pemerhatian terhadap kesan batu pecah serta kedudukan mayat mangsa, mangsa dipercayai berlanggar dengan batu yang sudah berada di atas jalan, bukan dihempap secara langsung,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, bongkah batu berkenaan dipercayai bergolek dari cerun, sebelum melanggar batu lain di longkang bahu jalan dan jatuh sepenuhnya ke permukaan jalan.

“Sebagai tindakan segera, JKR negeri akan memasang kanvas dan papan tanda amaran batu jatuh di sepanjang kawasan berisiko, selain merancang langkah mitigasi jangka panjang yang kini dalam peringkat kajian,” katanya.

Polis terima laporan bongkah batu 50 kg timpa motosikal buruh binaan

Media semalam melaporkan polis mengesahkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR maut di tempat kejadian selepas dipercayai dihempap batu seberat kira-kira 50 kilogram yang jatuh dari lereng bukit berdekatan tiang TNB.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here