ALOR SETAR – Orang ramai dimohon membantu pihak polis mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.
Berdasarkan kenyataan Facebook Polis Kota Setar, Nur Syasya Zulaikha Ahmad Rozaimee dilaporkan tidak pulang ke rumahnya sejak 5 April lalu.
“Remaja itu berkulit hitam manis dengan ketinggian 150 sentimeter (sm) dan berat 44 kilogram (kg).
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung remaja itu boleh menghubungi Sarjan Syahidah di talian 013 963 0772 atau hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar 04 774 7222 atau hotline Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah 04 774 1222. – MalaysiaGazette