Exco Pelaburan, Perdagangan & Mobiliti Selangor, Ng Sze Han menyerahkan kereta pinjaman kepada seorang mangsa kebakaran paip gas S. Vinayagam di pekarangan LRT Putra Heights, Subang Jaya, hari ini.

SUBANG JAYA – Kerajaan Negeri Selangor menerusi Kumpulan Tan Chong Motor Holdings Berhad menyerahkan sebanyak 30 kereta pinjaman termasuk tiga kenderaan elektrik (EV) kepada mangsa-mangsa insiden kebakaran paip gas di Putra Heights di sini hari ini.

Exco Pelaburan, Perdagangan & Mobiliti Selangor, Ng Sze Han berkata, pengagihan kali ini menjadikan jumlah kereta pinjaman yang diagihkan kepada mangsa setakat berjumlah 140 kenderaan.

“Pagi ini, Kumpulan Tan Chong membekalkan 30 kereta EV bagi mereka yang mempunyai kemudahan pengecasan di kediaman sementera, mereka juga ada pilihan, sama ada mereka nak kereta biasa atau kereta EV.

“Ini juga merupakan satu insiatif yang kita ingin kita promosikan inisiatif hijau bagi penggunaan kereta EV dan setakat ini Tan Chong memberikan pinjaman kenderaan ini dalam tempoh sebulan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua syarikat yang telah membantu mangsa di Putra Heights pada kali ini,” katanya kepada pemberita ketika hadir ke Majlis Penyerahan 30 kereta EV di pekarangan Stesen LRT Putra Heights hari ini.

Exco Pelaburan, Perdagangan & Mobiliti Selangor, Ng Sze Han menyerahkan kereta pinjaman kepada seorang mangsa kebakaran paip gas S. Vinayagam di pekarangan LRT Putra Heights, Subang Jaya, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Chery Malaysia tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran gas di Putra Heights dengan menyediakan program pinjaman kenderaan kecemasan bagi membantu mereka terjejas untuk meneruskan aktiviti harian.

Sebanyak 50 kenderaan kepada keluarga yang terkesan disediakan syarikat automotif itu bagi memudahkan urusan mangsa berulang-alik ke tempat kerja, menghadiri janji temu perubatan dan mengurus keperluan keluarga.

Dalam pada itu, Sze Han juga berkata, baki 60 kereta pinjaman daripada beberapa syarikat lain pula akan diagihkan selewat-lewatnya menjelang hujung minggu ini.

Selain itu, Sze Han berkata lagi, keperluan kepada kereta pinjaman ketika ini sudah mencukupi iaitu sebanyak 200 kenderaan sahaja.

“Keperluan kereta pinjaman ini berdasarkan kepada permohonan daripada mangsa-mangsa yang mengisi borang yang telah diagihkan.

“Setakat ini lebih kurang 190 lebih permohonan yang telah kami terima, jadi masih mencukupi kerana kereta pinjaman setakat ini ada 200 buah.

“Setakat ini cukuplah 200 buah dan ia mencukupi kerana permohonan itu hanya 190 lebih sahaja, masih ada baki lima ke enam buah kereta lagi,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Melihat dari komen2 dalam tic toker benarkah samseng2 dan kongsi gelap sudah menguasai majllis2 perbandaran diseluruh Selangor.

    Rezab2 tanah gas Petronas diceroboh sesuka hati? Pelan2 pembangunan rumah2 kedai juga telah diubah sesuka hati? Pagar2 rezab gas Petronas dicabut? Minta SPRM siasat perkara ini! Mungkin ada pihak2 yang sudah mengambil rasuah?

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here