GEORGE TOWN – Seorang wanita berstatus Pemastautin Tetap (PR) Malaysia ditemui terdampar dalam keadaan lemah di tepi laut berhampiran Persiaran Karpal Singh, di sini, hari ini.

Wanita yang berusia 46 tahun itu ditemukan orang awam dalam keadaan terbaring di atas batu sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak polis jam 1.48 tengah hari.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, pasukan polis di lokasi mendapati mangsa masih bernafas dan bertindak menghubungi ambulans bagi bantuan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati mangsa merupakan wanita warga Thailand yang mendapat status PR manakala suaminya adalah warga tempatan.

“Semakan lanjut mendapati mangsa cuba bunuh diri kerana rindu pada ibu mentua yang telah meninggal dunia.

“Tiada unsur jenayah dikesan di tempat kejadian atau pada badan mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Swee Sake, mangsa kini masih dirawat di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Mangsa sudah sedar dan keadaan stabil namun masih tidak boleh bercakap dan keterangannya masih belum dapat diperolehi setakat ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here