Punca kematian kanak-kanak autisik Zayn Rayyan Abdul Matin disebabkan jerutan di leher dan bukan lemas di dalam air.
Perkara itu didedahkan pakar perubatan perunding forensik di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini.
Dr Rohayu Shahar Adnan, 54 tahun, yang sebelum ini bertugas di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh berkata, bedah siasat mayat Zayn Rayyan dilakukan pada 12 tengah hari, 7 Disember 2023 dengan dihadiri Pegawai Penyiasat ASP Mohd Nasir Mustapha.