JEDDAH – Kementerian Haji dan Umrah telah memberi amaran kepada mereka yang ingin menunaikan haji supaya tidak berurusan dengan saluran dan entiti yang tidak dibenarkan.
Tegasnya, sebarang maklumat atau tawaran yang disediakan melalui saluran tidak rasmi adalah mengelirukan dan tidak mewakili kementerian atau pihak berkuasa lain yang berkaitan.
Oleh itu, kemenerian berkenaan meminta semua pihak daripada terpengaruh dengan iklan atau tawaran haji palsu.
“Jemaah haji mesti mendapatkan visa haji yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan dalam kerajaan, dan itu adalah dalam penyelarasan Pejabat Hal Ehwal Haji di 80 negara, atau melalui platform “Haji Nusuk”, yang ditetapkan untuk jemaah yang datang dari lebih 126 negara. Tempahan terus boleh didapati melalui platform.
“Kementerian menekankan “laluan elektronik” di laman web rasmi kementerian (https://masar.nusuk.sa) dan aplikasi “Nusuk” adalah saluran yang diluluskan untuk tempahan pakej untuk jemaah haji domestik, termasuk warganegara dan ekspatriat,” kata menurut laporan SaudiGazette
Sebarang pertanyaan atau laporan dalam beberapa bahasa sepanjang masa boleh melalui “Guests of God Care Center” melalui nombor: 1966 (dari dalam kerajaan), nombor antarabangsa: +966920002814 (dari luar kerajaan) dan emel: [email protected].
Jelasnya, semua inisiatif ini bagi memudahkan pelaksanaan ibadah haji dengan mudah dan selesa. – Agensi