Kabeer bersama Ketua Pegawai Operasi GV Ride, Tristan Chai (kanan).

SUBANG JAYA – GV Ride, penyedia perkhidmatan e-hailing tempatan menawarkan perkhidmatan pengangkutan percuma kepada mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif GV Ride, Kabeer Maand berkata, inisiatif itu ditawarkan bagi memberikan sokongan kepada penduduk yang terjejas lebih lagi kini yang sedang berhadapan dalam situasi mencabar.

Menyedari keperluan mendesak untuk pengangkutan yang boleh dipercayai, GV Ride menyediakan perjalanan percuma bagi membantu penduduk yang terkesan untuk ke tempat kerja, sekolah, janji temu perubatan dan keperluan penting lain.

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen GV Ride terhadap sokongan komuniti dan memastikan gangguan terhadap rutin harian adalah minimum.

“GV Ride menegaskan komitmen syarikat untuk sentiasa bersama komuniti. Kami percaya pada tindakan apabila komuniti kami paling memerlukan.

“Inisiatif ini adalah cara kami untuk menyumbang semula dan memastikan mereka yang terkesan oleh tragedi ini mempunyai akses kepada pengangkutan yang selamat dan boleh dipercayai,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Kabeer berkata, GV Ride akan bekerjasama rapat dengan Pejabat Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor dan pihak berkuasa tempatan yang terlibat dalam usaha bantuan bagi menyelaras program berkenaan.

Katanya, inisiatif itu akan berlangsung untuk satu tempoh masa tertentu bagi memberi peluang kepada keluarga yang terkesan membuat persediaan dan penyelesaian pengangkutan jangka panjang.

Pada 1 April lalu, kebakaran saluran gas Petronas pada 8.10 pagi menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah celsius yang mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Sebanyak 219 rumah disahkan mengalami kerosakan dalam kejadian itu manakala 220 rumah lagi diisytiharkan selamat dan tidak terjejas.

Sementara itu, GV Ride  komited untuk mentransformasikan cara rakyat bergerak, menjadikan perjalanan harian lebih mampu milik, lebih selamat dan mesra pemandu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here