TOKYO – Sebuah pesawat Japan Airlines yang menuju ke Kitakyushu melakukan pendaratan kecemasan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Haneda di Tokyo pada malam 7 April lalu, menurut kementerian pengangkutan.
Insiden itu berlaku semasa pesawat selebar 35.8 meter itu bergerak hampir 30 meter di kiri garis tengah landasan selebar 60 meter.
Ia bergerak dengan gear pendaratan utama kiri dan sayap dari landasan selama kira-kira 300 meter sebelum melanggar lampu penerbangan di sebelah kiri landasan, lalu berhenti.
Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan serta pihak berkuasa mengesyaki juruterbang itu menyangka lampu landasan sebagai garis tengah dan sedang menyiasat butiran kejadian.
Menurut kementerian dan syarikat penerbangan itu, JAL377, sebuah Boeing 737-800 dengan 80 penumpang dan anak kapal, memasuki Landasan D – sepanjang 2,500 meter – dari laluan landasan D2 pada kira-kira jam 7.10 malam pada 7 April.
Pesawat itu memulakan pergerakan ke arah timur laut selepas kawalan trafik udara memberi kebenaran untuk berlepas.
Sebelum hentian kecemasan, JAL377 tidak berjalan berhampiran lampu garis tengah putih – yang menunjukkan tengah landasan – sebaliknya 30 meter dari garis tengah berhampiran lampu landasan – juga putih di hujung kiri landasan, menurut pegawai kementerian.
Selepas memecut antara 90-130 kilometer sejam, kapten dan anak kapalnya menyedari pergerakan ke kiri dan memutuskan untuk membatalkan pelepasan dan mengalihkan pesawat ke arah tengah landasan.
Bagaimanapun, sebelum berhenti, pesawat itu melanggar lampu biru lalan landasan sepanjang 70 sentimeter, terletak di sebelah laluan D3.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan landasan D kembali beroperasi selepas ditutup selama 50 minit.
Pesawat lain mengambil alih operasi Penerbangan 377.
Menurut kementerian itu, landasan D telah dibaik pulih sejak bulan lalu dengan beberapa lampu garis tengah telah dipadamkan secara berurutan.
Entiti berkaitan telah dimaklumkan tentang situasi tersebut.
Pada malam 7 April, lampu berhampiran D2 telah dimatikan, dan lampu dari D3 dan seterusnya dinyalakan seperti biasa.
Kapten dan anak kapalnya memberitahu pihak berkuasa bahawa lampu garis tengah kelihatan lebih gelap dari biasa dan mereka melihat cahaya laluan landasan biru sedikit ke kiri di hadapan pesawat dan menyedari ia telah melayang ke kiri. – Agensi