MELAKA – Seorang ejen syarikat pembersihan meninggal dunia dipercayai terkena serangan jantung di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jalan Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini tengah hari tadi.

Difahamkan, mangsa sedang berjalan menuju ke pejabat Jabatan Imigresen Malaysia Melaka di kompleks berkenaan untuk menguruskan pasport pekerjanya sebelum tiba-tiba rebah kira-kira jam 12 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, lelaki warga tempatan itu, Low Kok Eng, 49, disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Hospital Melaka dilokasi.

Seorang ejen syarikat pembersihan meninggal dunia dipercayai terkena serangan jantung di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jalan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, tengah hari tadi.

“Terdahulu, pengadu yang bertugas di kaunter aduan Balai Polis Air Keroh menerima panggilan memaklumkan mangsa lelaki yang bekerja sebagai ejen syarikat pembersihan tidak sedarkan diri di Kompleks KDN Ayer Keroh.

“Sebaik pasukan polis tiba, dapati mangsa terbaring di lantai bawah kerusi ruangan menunggu dan bantuan pernafasan (CPR) diberikan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) mendapati tiada tanda-tanda kehidupan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa yang tinggal di alamat Taman Sutera Wangi, Batu Berendam Melaka kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Hospital Melaka yang tiba di lokasi pada jam 12.25 tengah hari.

“Permintaan pemeriksaan mayat (Pol.61) dikeluarkan polis dan mayat diserahkan ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here