Gambar arkib MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Seorang remaja 18 tahun yang juga anak kakitangan pusat pendidikan swasta di Ampang dekat sini, ditahan bagi membantu siasatan kes liwat seorang pelajar, tahun lalu.

Kes itu terbongkar selepas rakan mangsa menceritakan kejadian berkenaan kepada ibunya yang kemudian memaklumkan kepada bapa mangsa.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Siti Kamsiah Hassan berkata, pihaknya menerima laporan bapa mangsa berusia 39 tahun Ahad lalu.

Menurutnya pengadu memaklumkan kejadian berlaku April tahun lalu dan mendakwa anaknya yang ketika itu berusia 14 tahun diliwat anak seorang kakitangan pusat pendidikan swasta dalam bilik air.

“Sebelum itu, pada hari sama ketika berada dalam bilik asrama, suspek didakwa memeluk mangsa dan mengambil tangan kiri mangsa lalu memasukkannya ke dalam seluar suspek untuk melakukan perkara tidak senonoh,” katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian.

Beliau berkata, mangsa yang kini trauma hanya menceritakan kejadian itu kepada rakannya dan bukan bapanya kerana takut dimarahi.

Katanya, suspek ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here