Penumpang perkhidmatan KL Transit mendapatkan maklumat mengenai gangguan perkhidmatan kereta api itu di stesen Salak Tinggi, Sepang.

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengalami gangguan dua hari berturut-turut setelah kabel perkhdimatan kereta api dipotong pihak tidak bertanggungjawab.

Menurut ERL, berikutan itu perkhidmatan pengantara antara stesen Putrajaya dan Cyberjaya dan KL Sentral disediakan bermula jam 6 pagi dengan kekerapan selama 20 minit.

Tambahnya, perkhidmatan pengantara antara stesen Salak Tinggi dan Terminal 1 dan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disediakan bermula jam 6.20 pagi dengan kekerapan selama 20 minit.

Berikutan gangguan itu, para penumpang dinasihatkan supaya mencari pengangkutan alternatif dan merancang perjalanan mereka.

“Vandelisme kabel dipotong berlaku lagi pada pagi ini yang mana ia akan memberi kesan kepada kedua-dua perkhidmatan KLIA Ekspress dan KLIA Transit.

“Berikutan isu teknikal, semua perkhidmatan kereta api digantung sementara waktu. (Para penumpang) diminta merujuk kepada kaunter tiket atau rujuk status perkhidmatan tren di (platform) X,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Semalam, ERL mengesahkan terdapat vandelisme apabila kabelnya di KM48.5, antara stesen Salak Tinggi dan Terminal 1 KLIA, dipotong pada jam 6.20 pagi.

Berikutan itu, perkhidmatan KLIA Ekspress dan KLIA Transit digabungkan pada jam 6.58 pagi dari Terminal 2 KLIA dan jam 7 pagi dari KL Sentral semalam.

Perkhidmatan tren disambung semula semalam pada jam 10 pagi dari KL Sentran dan 9.48 pagi dari Terminal 2 KLIA.

Dalam hantarannya pada awal pagi ini, ERL memaklumkan pihaknya masih membaiki sistem isyarat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here