Kredit FB Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Ketika dunia berhadapan dengan ketidaktentuan tercetus dari perang tarif, Malaysia amat menghargai komitmen dan usaha merealisasikan pelaburan yang telah dirancang oleh pelabur-pelabur termasuk daripada Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menghargai Oracle Corporation (Oracle) yang pada Oktober tahun lalu mengumumkan rancangan untuk melabur lebih daripada AS$6.5 bilion untuk membuka rantau awan awam di negara ini.

“Pelaburan ini merangkumi lebih daripada 150 infrastruktur dan perkhidmatan Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) yang akan membantu meningkatkan ekonomi digital negara serta memacu inovasi yang didorong oleh kecerdasan buatan (AI),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam hantaran yang sama, Anwar telah menerima kunjungan hormat Naib Presiden Eksekutif Jepun dan Asia Pasifik bagi Oracle Corporation (Oracle), Garrett Ilg serta delegasinya.

Oracle adalah syarikat teknologi pengkomputeran utama dunia yang pada Oktober tahun lalu mengumumkan rancangan untuk melabur lebih daripada AS$6.5 bilion untuk membuka rantau awan awam di negara ini.

“Perbincangan kami menyentuh potensi perkhidmatan-perkhidmatan yang dipacu AI termasuk yang disediakan oleh Oracle, malah saya bangkitkan kepentingan pengukuhan ekosistem bakat dan inovasi negara, termasuklah langkah-langkah bagi memupuk tenaga kerja mahir dengan kemahiran digital yang berkaitan dan keterangkuman digital,” ujarnya yang juga Menteri Kewangan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here