Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyelamatkan 15 penduduk Kampung Sungai Merab Luar Kajang akibat banjir kilat, awal pagi tadi.

KAJANG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyelamatkan 15 penduduk Kampung Sungai Merab Luar, di sini, selepas 12 kediamannya ditenggelami air akibat banjir kilat setinggi empat kaki, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, bertindak atas makluman orang awam jam 3.34 pagi, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Dengkil digerakkan ke lokasi.

“Pegawai Bomba Kanan II, Mohamad Shahrulizuan Hussin mengesahkan banjir kilat berlaku berkedalaman empat kaki, melibatkan kira-kira 12 rumah dan air dalam keadaan tren menurun.

“Seramai 15 orang mangsa berjaya dibawa keluar,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Antara penduduk yang terjejas akibat banjir kilat di Jalan Meru, Taman Sri Jaya Klang, awal pagi tadi.

Dalam lokasi berasingan, seramai lapan penduduk berjaya diselamatkan JBPM selepas 10 kediaman mereka dekat Jalan Meru, Taman Sri Jaya Klang ditenggelami air akibat banjir kilat.

“JBPM menerima panggilan mengenai insiden itu jam 4 pagi dan bertindak atas maklumat itu, seramai 12 anggota termasuk pegawai dari BBP Kapar dan BBP Sri Andalas digerakkan ke lokasi.

“Hasil pemantauan mendapati berlakunya banjir kilat berkedalaman dua kaki.

“Sebanyak 10 rumah terlibat, manakala lapan mangsa berjaya dikeluarkan. Kerja-kerja memindahkan mangsa masih dilakukan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here