Banjir mula naik sejak jam 2 pagi sekitar Selangor, kebanyakan penduduk terjejas juga sudah di pindahkan ke lokasi lebih selamat.

SHAH ALAM – Hujan lebat yang bermula awal pagi tadi sekali lagi menyebabkan beberapa lokasi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Kemuning dilanda banjir kilat, sekali gus mencetuskan kekecewaan penduduk yang telah lama bergelut dengan masalah itu.

Antara kawasan yang terjejas termasuk Taman Sri Muda, Desa Kemuning, Bukit Kemuning, Taman Lanchong Jaya dan Kampung Bukit Lanchong.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, S. Preakas, kejadian banjir kali ini membuktikan sistem saliran dan pam sedia ada tidak mencukupi untuk menangani masalah hujan lebat berterusan.

Adun Kota Kemuning, S Preakas melawat penduduk setempat yang berpindah sejak air mula naik sekitar Dun Kota Kemuning.

“Hujan bermula sejak awal pagi, tetapi pam hanya diaktifkan sekitar jam 3 pagi. Ia sudah terlambat. Air tetap naik dan banjir tetap berlaku.

“Rakyat sudah penat dengan janji, mereka mahu penyelesaian,” katanya di laman sosial Facebook, hari ini.

Berikutan itu, beliau meminta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyegerakan pelaksanaan pelan mitigasi banjir dan menyemak semula keberkesanan sistem sedia ada, termasuk penyelenggaraan berkala yang didakwa tidak dijalankan dengan efisien.

“Saya menyeru dengan penuh hormat kepada Menteri Besar ambil tindakan segera. Jangan tunggu sehingga nyawa terkorban. Penduduk DUN Kota Kemuning tidak mahu alasan lagi, mereka mahu jaminan keselamatan,” ujarnya.

Menurut Preakas, masalah banjir bukan isu baru, malah sudah bertahun-tahun berlaku tanpa penyelesaian tuntas.

“Berapa lama lagi rakyat di sini perlu hidup dalam ketakutan setiap kali hujan turun? Ini bukan lagi soal cuaca, tapi soal kegagalan sistem dan kelewatan tindakan,” katanya. -MalaysiaGazette

Kami hidup dalam ketakutan sejak banjir besar 2021 – Penduduk Taman Sri Muda

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here