Foto Instagram Noorkhiriah.

KUALA LUMPUR – Pelakon Noorkhiriah menerima kejutan apabila mendapat hadiah set kain kafan daripada suami sempena hari jadinya yang ke-47.

Namun ibu kepada tiga anak itu berlapang dada dengan hadiah yang diikat dengan reben berwarna merah.

“Saya nak pergi jalani penggambaran, sekali pandang belakang. Kain kafan hadiah hari jadi dari suami.

“Siap dengan riben. Saya terima,” tulis di hantaran Instagram miliknya di sini.

Pada masa sama, Nookhiriah menganggap hadiah tersebut sebagai simbolik memperingati hari kematian, satu detik pasti bagi umat manusia yang hidup di dunia ini.

“Terima kasih atas hadiah ini. Makan dalam Pa. Halus permainan ini. Dahla hari ini penggambaran di kubur.

“Tahniah sebab kita semakin dekat dengan kematian,” jelasnya yang sedang hangat menerusi drama Seribu Tahun ketika ini.

Noorkhiriah yang mendirikan rumah tangga dengan Azfaizul Ahtan sejak 18 tahun lalu dikurniakan tiga anak iaitu Muhammad Hudhaifah, 15; Muhammad Yusoff, 13, dan Nur, 6. – Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here