Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memantau insiden tanah runtuh menimpa sebuah kediaman di Kampung Orang Asli, Batu 12, Gombak, awal pagi tadi.

GOMBAK – Sebuah kediaman di Kampung Orang Asli, Batu 12, di sini mengalami kerosakan struktur bangunan selepas terlibat dalam insiden tanah runtuh, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu jam 5.05 pagi.

“Bertindak atas maklumat orang awam itu, sepasukan enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang digerakkan ke lokasi.

“Hasil pemeriksaan mendapati tanah runtuh itu berkeluasan 10 x 15 kaki persegi telah menghempap dinding sebuah rumah kediaman keluasan 40 x 40 kaki persegi,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memantau insiden tanah runtuh menimpa sebuah kediaman di Kampung Orang Asli, Batu 12, Gombak, awal pagi tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memantau insiden tanah runtuh menimpa sebuah kediaman di Kampung Orang Asli, Batu 12, Gombak, awal pagi tadi.

Menurut Ahmad Mukhlis, tiada sebarang kemalangan jiwa dalam insiden tanah runtuh itu.

“Tindakan anggota membuat pemantauan di kawasan sekitar dan memberi nasihat kepada penghuni sekitar.

“Ketua Balai dan pihak pejabat tanah telah dimaklumkan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here