Seorang warga emas lumpuh dipindahkan susulan kediamannya di Jalan Telok Jambu 10, Taman Iswara, Sri Muda, Shah Alam dinaiki air akibat banjir kilat, pagi ini.

SHAH ALAM – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyelamatkan seorang warga emas yang terlantar susulan kediamannya di Jalan Telok Jambu 10, Taman Iswara, Sri Muda, di sini dinaiki air akibat banjir kilat, pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.50 pagi meminta JBPM memindahkan mangsa yang berusia 75 tahun.

“Bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam digerakkan ke lokasi.

“Sampai lokasi, JBPM setelah membuat size up, terdapat banjir kilat melibatkan seorang warga emas berusia 75 tahun terperangkap dan memerlukan bantuan pemindahan.

“Mangsa yang mengalami penyakit lumpuh berjaya dikeluarkan dari kawasan banjir dan diletakan di tempat selamat,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Selain itu, kata Ahmad Mukhlis, pihaknya kini sedang bersiap siaga dan menempatkan anggota dan pegawai di Taman Sri Muda bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Operasi jentera bersama anggota bersiap siaga di Sri Muda,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here