logo gari
Gambar hiasan.

KLUANG – Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes mencederakan seorang individu di sebuah stesen minyak di Jalan Mengkibol, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh berkata, tangkapan terhadap dua lelaki berusia 29 dan 45 tahun itu dilakukan di Jalan Sekolah, Kluang pada kira-kira pukul 4.00 petang semalam, susulan penularan video kejadian berkenaan di media sosial.

“Siasatan awal mendapati suspek pertama mempunyai satu rekod jenayah, manakala suspek kedua tidak mempunyai sebarang rekod jenayah,” katanya dalam  kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek yang merupakan rakan sekerja itu negatif dadah, dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here