Foto: Platform X

SYDNEY – Tentera Israel telah menguji sistem persenjataan direka Australia yang dilihat berpotensi untuk dibeli walaupun Canberra menafikan ia mengeksport senjata ke negara itu, lapor Australian Broadcasting Corporation (ABC).

Ia berkata, pembekal sistem persenjataan tersebut menyatakan produk ‘berketepatan tinggi’ dan ‘pembunuh’ itu mampu menyerang sasaran pada jarak sehingga dua kilometer.

“ABC boleh mendedahkan sistem persenjataan kawalan jauh (RWS), direka dan dibuat oleh syarikat Electro Optic Systems (EOS) adalah salah satu daripada beberapa teknologi dron yang diuji tentera Israel pada awal tahun ini,” menurut laporan tersebut.

Laporan tersebut menyatakan sumber industri pertahanan berkata, komponen senjata pada awalnya dihantar ke entiti EOS di Amerika Syarikat (AS) untuk dipasang dan kemudian dihantar ke Israel ‘tanpa kelulusan eksport Australia’.

Sejak beberapa bulan lalu, pentadbiran Perdana Menteri, Anthony Albanese menyatakan Australia tidak akan mebekalkan Israel dengan senjata.

Bagaimanapun, semalam, rakaian penyiaran itu berkata, Albanese sekali lagi menyatakan negaranya tidak akan menjual senjata kepada Israel.

“Saya sedar tentang laporan yang anda rujuk itu, kami kaji perkara ini dan syarikat itu telah mengesahkan dengan Jabatan Pertahanan bahawa sistem tertentu tidak dieksport dari Australia.

“Australia tidak mengeksport senjata ke Israel,” katanya.

Rangkaian berita itu berkata, EOS yang enggan mengulas sama ada RWS R400 telah dibawa ke Israel berkata, ia ‘tidak diumum kerana maklumat sensitif komersial berhubung pelanggan, kontrak yang ada atau kempen pembangunan perniagaan’.

Bagaimanapun ABC menyatakan, ‘dokumen yang diserahkan kepada Bursa Australia pada Februari lalu mendedahkan EOS ‘menyokong sebuah syarikat tempatan untuk mempamerkan keupayaan dron dalam pertunjukan berprofil tinggi tempatan pada Januari 2025, tetapi tidak menyatakan secara spesifik di mana ia dilakukan’.

Ia menyertakan sekeping gambar para pegawai tentera Israel berdiri di belakang sebuah R400 yang telah diubah suai.

Israel melakukan keganasan semula sejak  18 Mac lalu apabila mencabul gencatan senjata yang bermula 19 Januari lepas yang menyaksikan beratus-ratus penduduk awam Palestin terbunuh, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Walaupun tindakan tersebut mendapat kecaman pelbagai negara dan kumpulan hak asasi manusia, AS terus menyokong rejim zionis dengan menyertai kempen ketenteraan yang dilaksanakan dengan pengetahuan dan kelulusan Washington. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here