KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.48 Ayer Kuning, Perak.
Bilik gerakan PRK DUN N.48 Ayer Kuning, Perak yang beroperasi 24 jam mulai 12 April 2025 hingga 26 April 2025 itu akan ditempatkan di SPRM Negeri Perak, Plot 7, Persiaran Meru Utama, Bandar Meru Raya, Peti Surat 6000, 30020 Ipoh, Perak.
“Orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui emel kepada [email protected] atau menghubungi talian 019- 6002041/01133209935/05-5267000(ext163),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, SPRM juga mengingatkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. -MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN
https://mgperak.com/mgperak-dakwaan-tipu-tauliah-agama-calon-pn-enggan-ulas/