Anwar.

PERMATANG PAUH – “Ular sawa kalau kenyang, dia duk diam (berhenti) ..tapi manusia bila dapat kuasa, dia tamak RM1 juta pun tak cukup, nak RM1 bilion, beli rumah di Kuala Lumpur, New York, London pula”.

Demikian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyentuh soal kerakusan sesetengah individu apabila diberi amanah dan kuasa dalam pemerintahan.

Jelas Anwar, kerakusan manusia dalam mengejar kemewahan dan kuasa seringkali melampaui batas.

“Jadi dalam Al-Quran tepat sekali bila menyebut bahawa manusia itu boleh naik as sanitaqwim atau as falasafilin kerana ular  sawa bila makan dia tahu mana nak berhenti, tomakninah dia berapa hari tetapi manusia tidak ada berhenti.

“Duit daripada mana? daripada harta orang yang nak belajar..nak bayar yuran ke sekolah pun susah, nak bayar bil sakit, makan pun susah..Sebab itu kita nak jadikan atau belajar MADANI seperti yang saya sebutkan iaitu perubahan yang sebaiknya,” katanya.

Anwar hadir Majlis Peluncuran Pembinaan Semula Masjid Jamek Cherok Tok Kun Bawah di Pulau Pinang hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pembinaan Semula Masjid Jamek Cherok Tok Kun Bawah di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Anwar menegaskan, kepercayaan rakyat yang memberi mandat untuk memimpin harus dibalas dengan amanah, kejujuran dan kesederhanaan bukan dengan menindas atau menyeleweng harta rakyat.

“Kalau kita diberi amanah, itu tanggungjawab, bukan lesen untuk ambil kesempatan. Kita jangan jadi tamak hingga hilang arah, hilang akhlak. Kekayaan sebenar bukan pada harta, tetapi pada integriti dan taqwa.

“Jangan lupa kuasa dan jawatan adalah sementara dan akhirnya manusia akan kembali kepada fitrah Allah untuk dipersoal tentang segala tanggungjawab yang telah diamanahkan,” katanya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here