Situasi pada hari kedua di Pusat Pemindahan Sementara selepas insiden letupan berlaku di Dewan Masjid Putra Heights. Selangor. Foto HARI ANGGARA, 2 APRIL 2025

KUALA LUMPUR – Operasi pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights yang dibuka bagi menempatkan mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights ditutup sepenuhnya 2.30 petang tadi.

Pegawai Daerah Petaling yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Petaling Huzunul Khaidil Mohammed berkata 210 mangsa daripada 60 keluarga mula mengosongkan PPS berkenaan sejak pagi tadi dengan mangsa terakhir meninggalkan PPS pada 2 petang.

“Alhamdulillah hingga hari ini kesemua mangsa terlibat iaitu 613 keluarga telah pulang ke kediaman masing-masing.

“Bagi mangsa yang kediaman mereka musnah, ada yang berpindah ke rumah sewa dan perumahan Airbnb yang ditaja kerajaan negeri selain mereka turut menerima bantuan barangan asas kehidupan seperti beras selama sebulan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di PPS Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights di sini, hari ini

Dalam masa sama, Huzunul Khaidil  turut mengucapkan  terima kasih kepada semua pihak terlibat yang melancarkan proses pemindahan penduduk di PPS Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights dan PPS Dewan Camelia Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

PPS Dewan Camelia MBSJ yang menempatkan 60 mangsa daripada 16 keluarga ditutup pada 9 April lepas setelah bantuan ditawarkan kerajaan Selangor mula disalurkan selain beberapa keluarga dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.  – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here