Gambar yang dikongsi Muhammad Khairul Jamain di media sosial. #malaysiagazette

KUALA LUMPUR – Tindakan terhadap penceroboh tanah di Raub, Pahang dan Dengkil, Selangor membuatkan seorang individu, Muhammad Khairul Jamain mendedahkan layanan yang amat berbeza diterimanya.

Pakar urus tanah dan jurulatih penjenamaan diri dalam perkongsian di Facebook menceritakan bagaimana pihak berkuasa bertindak pantas selepas menerima aduan berhubung kerja membuat jalan sejauh 150 meter ke tanah yang dibelinya.

“Kami tak main redah, siap jumpa ketua kampung, beliau sambut baik dan kata ‘asalkan tak ceroboh tanah orang lain’. Mungkin silap kami di sini tak membuat surat rasmi ke Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), saya akui kesilapan saya tapi untuk kesalahan pertama di mana budi bicara?

“Saya sewa excavator berbangsa Melayu, hari pertama dan kedua tiada masalah. Hari ketiga datang seorang wanita Cina mengaku pemilik tanah bersebelahan rizab sungai itu, marah-marah dan mendakwa kami ceroboh tanah dia.

“Pemilik yang kendalikan excavator tenang sahaja, dia tunjukkan sempadan, kami tak masuk tanah sesiapa tetapi wanita itu tetap tak puas hati.

“Dia terus buat laporan polis dan ke pejabat tanah, sekitar 5 petang beberapa pegawai tanah datang bersama anggota polis dan berhentikan kerja excavator lalu menyitanya,” ujarnya.

Muhammad Khairul Jamain

Tambah Muhammad Khairul, tanpa sebarang waran, pihak polis dan pejabat tanah arahkan kerja tersebut dihentikan.

“Tapi perkara jadi makin tak masuk akal, tanpa notis mahkamah dan budi bicara datang terus mahu menyita, kami minta untuk excavator dilepaskan dan saya akan datang ke pejabat tanah tapi tidak diendahkan dengan alasan ‘kami hanya menjalankan tugas dari arahan pihak atasan’.

“Saya tanya melalui perbualan telefon, ‘mana surat mahkamah? Mana waran sita?’ mereka jawab, ‘ini arahan pihak atasan’.

“Saya terkedu, semudah itu kuasa digunakan tanpa budi bicara? Saya minta excavator itu dilepaskan kerana pemiliknya tak bersalah, pemiliknya menangis sebab itu satu-satunya mesin yang dia ada untuk cari rezeki,” katanya.

Khairul Jamain menambah, mereka kini berdepan pertuduhan bawah Seksyen 425 dan 426(5) Kanun Tanah Negara yang memperuntukkan denda sehingga RM500,000 atau penjara lima tahun.

Menurutnya, permohonan rasmi kepada JPS dan pejabat tanah juga masih belum dijawab walaupun sudah beberapa bulan dihantar.

Beliau berkata, penulisan itu dibuat bagi mendapatkan sokongan moral dan bantuan bagi pemilik excavator yang kehilangan punca pendapatan.

Beliau membandingkan tindakan terhadap dirinya dan pemilik excavator dengan tindakan terhadap penceroboh tanah pekebun durian haram di Raub dan Dengkil.

“Saya betul-betul tak faham. Begitu kontra sungguh dengan apa yang berlaku di Dengkil dan Raub. Adakah disebabkan pilih kasih? Kami bukan penjenayah!

“Kami tak buat rumah sewa. Kami tak jual hasil hutan. Kami tak gali lombong. Kami tak tanam durian dan makan hasil sampai 30 tahun. Kami cuma nak buat jalan ke tanah sendiri.

“Malah saya keluar duit sendiri untuk buat jalan tu. Yang lebih menyedihkan, sehingga sekarang, permohonan rasmi yang saya hantar kepada JPS dan pejabat tanah belum dijawab,” katanya.

Dalam perkongsian itu beliau turut mempersoalkan bagaimana seseorang bukan Melayu boleh memiliki tanah dalam kawasan rizab Melayu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. puak2 minoriti ni ibarat kera dlm hutan disusukan,puak mejoriti ni ibarat anak dibiarkan, memang babi…babi…babi pihak berkuasa yg terlibat…

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here