Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia pada malam ini dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, semalam.

Menurut IJN, Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU) selepas mengalami kesukaran bernafas.

“Tun Abdullah dimasukkan ke IJN pagi semalam selepas mengalami kesukaran bernafas.

“Beliau segera ditempatkan di CCU dan dipantau rapi oleh pasukan pakar jantung kami yang berdedikasi.

“Walaupun segala usaha perubatan telah dilakukan, beliau menghembuskan nafas terakhir dengan tenang di sisi insan tersayang,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Prof. Datuk Sri Dr. Mohamed Ezani Md Taib berkata, menjaga Allahyarham di saat-saat akhir merupakan satu penghormatan buat seluruh warga IJN.

“Seluruh warga IJN bersedih atas pemergian Tun Abdullah. Menjaganya pada saat-saat akhir merupakan satu keistimewaan dan penghormatan buat kami.

“Keperibadiannya yang rendah diri dan penuh budi pekerti menyentuh hati ramai dalam kalangan staf kami,” ujarnya.

MalaysiaGazette sebelum ini melaporkan, Tun Abdullah, 85, menghembuskan nafas terakhir di IJN pada pukul 7.10 malam Isnin.

Berita duka itu dikongsikan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, menerusi laman Instagram.

Abdullah merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5, berkhidmat dari 31 Oktober 2003 hingga 2 April 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast