Dua beranak dikhuatiri lemas selepas kenderaan dinaiki hanyut ketika cuba menyeberangi Sungai Sengayan, Long Jekitan, di Baram, Sarawak.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan dalam kejadian jam 8 pagi semalam, dipercayai berlaku ketika Dawellies Luing, 46 tahun, dan anaknya, Vallerie Mentie Dawellies, 9 tahun, dalam perjalanan ke SK Long Jekitan.