KUALA LUMPUR – Jenazah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi akan di bawa dari kediamannya ke Masjid Negara pada jam 8.30 pagi.
Perkara tersebut disahkan menantunya, Khairy Jamaluddin kepada media yang berkampung di rumah negawaran itu di Jalan Jalan Carcosa di sini.
“Akan ke Masjid Negara pada jam 8.30 ini,” katanya ringkas kepada media.
Jenazah Allahyarham Tun Abdullah akan dikebumikan mengikut ‘Istiadat Pengebumian Negara’.
Jabatan Perdana Menteri berkata, jenazah negarawan itu akan dibawa ke Masjid Negara, Kuala Lumpur jam 8 pagi bagi pengurusan jenazah.
Penghormatan terakhir akan diadakan di Dewan Solat Utama Masjid Negara bermula jam 11 pagi hingga 1 tengah hari.
Jenazah akan disembahyangkan selepas solat zuhur di Masjid Negara dan seterusnya dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.
Pakaian bagi pelawat lelaki Islam adalah baju Kebangsaan warna hitam, bersamping hitam tanpa sebarang corak dan bersongkok hitam manakala bagi bukan Islam adalah lounge suit gelap.
Pakaian bagi pelawat wanita Islam adalah baju kurung/kebaya labuh warna gelap dengan selendang/tudung putih manakala bagi bukan Islam pakaian sopan warna gelap dan berselendang putih. Pakaian lain yang bersesuaian turut dibenarkan.-MalaysiaGazette