Seorang pekerja penyelenggaraan menara pencawang telekomunikasi meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri di atas pencawang pada ketinggian 60 meter di Jalan Jelai-Pasir Besar, di Tampin, Negeri Sembilan.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 7 malam tadi.