Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin tiba untuk memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah bekas Perdana Menteri ke 5, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 15 APRIL 2025

KUALA LUMPUR – Ribuan rakyat pelbagai lapisan bangsa mengunjuni Masjid Negara di sini hari ini untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tidak ketinggalan, antara orang kenamaan yang tiba adalah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Turut hadir dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak serta bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (tiga kiri) bersama dengan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali (dua kiri) tiba di masjid untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 15 APRIL 2025

Hadir sama menteri Kabinet selain rakan-rakan politik sezaman allahyarham antaranya bekas Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob.

Sebelum itu, van jenazah milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang membawa jenazah Perdana Menteri kelima itu tiba di Masjid Negara kira-kira pukul 8.20 pagi tadi bagi urusan mandi dan kafan.

Ketibaan van tersebut diiringi oleh ahli keluarga terdekat.

Menantu Allahyarham, Khairy Jamaluddin yang juga bekas Menteri Kesihatan memaklumkan jenazah akan disolatkan dan diberi penghormatan terakhir oleh pemimpin negara serta rakyat bermula pukul 10 pagi hingga 1 petang.

Selepas itu, jenazah allahyarham akan dikebumikan di Makam Pahlawan, yang terletak bersebelahan Masjid Negara iaitu tempat persemadian beberapa tokoh utama negara sebelum ini.

Allahyarham Abdullah yang meninggal dunia semalam di Institut Jantung Negara pada usia 85 tahun telah lama berdepan masalah kesihatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here