Anggota tentera mengusung jenazah bekas Perdana Menteri ke 5, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk proses pengebumian di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 15 APRIL 2025

KUALA LUMPUR – Keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi menzahirkan penghargaan kepada kerajaan atas penghormatan Istiadat Pengebumian Negara ke atas Perdana Menteri kelima itu, semalam.

Menantu Allahyarham, Khairy Jamaluddin berkongsi rasa terharu itu dalam catatan balas kepada hantaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Instagram malam tadi.

“Penghargaan kepada Datuk Seri (Anwar) dan kerajaan kerana memberi penghormatan kepada Pak Lah (Allahyarham Abdullah) dengan mengizinkan satu istiadat pengebumian yang teristimewa.

“Juga atas kebenaran untuk jenazahnya disemadikan di Makam Pahlawan bersama negarawan-negarawan yang lain,” katanya.

Suasana ketika orang ramai hadir memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah bekas Perdana Menteri ke 5, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 15 APRIL 2025

Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan turut mengucapkan terima kasih kepada Anwar atas nukilan ikhlas yang ditulis bagi mengingati Abdullah selaku sahabat lamanya.

“Kami sekeluarga amat tersentuh dengan kemuliaan kata Datuk Seri terhadap ayahanda Pak Lah,” katanya.

Seiring istiadat itu, semua bangunan dalam jarak radius dua kilometer dari Masjid Negara turut mengibarkan Jalur Gemilang separuh tiang sehingga selesai istiadat pengebumian.

Abdullah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada jam 7.10 malam kelmarin. – MalaysiaGazette

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di masjid untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 15 APRIL 2025

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here