Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Mara (MARA) akan membawa cadangan untuk menukarkan nama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas kepada MRSM Abdullah Badawi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, cadangan itu dibuat bagi mengenang jasa dan bakti yang ditabur oleh perdana menteri kelima itu.

“Sebagai mengenang jasa Almarhum Pak Lah, saya akan mendapatkan persetujuan YAB Menteri untuk menamakan MRSM Kepala Batas kepada MRSM TUN ABDULLAH BADAWI,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Allahyarham Abdullah merupakan Ahli Parlimen Kepala Batas dari tahun 1978 hingga 2008.

Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada hari Isnin lalu selamat di disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara di sini pada pukul 2.30 petang, semalam.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here