KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 14 individu disyaki terlibat mengemukakan borang daftar kelahiran mengandungi butiran  palsu berkenaan pengesahan kelahiran bayi-bayi.

Perintah reman selama lima hari sehingga 20 April 2025 dikeluarkan Majistret Mahkamah Shah Alam, Ameera Mastura Khamis selepas suruhanjaya itu membuat permohonan di mahkamah pagi tadi.

Menurut sumber, suspek yang terdiri daripada 11 lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 20 hingga 40-an itu ditahan antara pukul 12 tengah hari hingga 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Selangor.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2015 hingga 2023. Kesemua suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut dengan memohon kad pengenalan dan sijil kelahiran anak kepada Jabatan Pendaftaran Negera menggunakan butiran matan palsu bagi pengesahan kelahiran bayi-bayi sedangkan tiada rekod kelahiran bayi-bayi tersebut di hospital-hospital yang terlibat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim mengesahkan penahanan tersebut.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here