Wakil-wakil media dan agensi strategik UPSI 2025 bergambar bersama dalam satu majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Media dan Rakan Strategik UPSI 2025 yang berlangsung di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bakal mempunyai  institut tahfiz, sekolah antarabangsa dan dewan solar dengan tenaga elektriknya dijana sepenuhnya melalui penjanaan cahaya suria selain boleh menjana pendapatan kepada institusi itu.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, dewan solar akan dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 23 April ini.

“Saya tidak mahu lot parkir yang tidak boleh menjana pendapatan, saya nak dewan pertama di Malaysia dewan solar yang besarnya lebih 100 meter panjang dan lebar 20 meter.

“Dewan solar ini boleh digunakan oleh masyarakat ini boleh memuatkan lebih 4,000 orang dan telah melangsungkan larian Olimpik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi meraikan pengamal media dan rakan strategik di sebuah hotel di ibu negara.

UPSI juga kini sedang membina institut tahfiz dan turaf Islami yang akan menjadi pusat kajian berkaitan isu melibatkan pendidikan tahfiz.

Md Amin turut berkongsi perkembangan semasa universiti termasuk pembangunan kemudahan seperti UPSI Adventure Park, Scholar’s Suites, UPSI Sport City, kolam renang bertaraf Olimpik, Gelanggang Boling 24 lorong, Tasik Banjaran, dan UPSI Glamping Park yang bakal siap tidak lama lagi.

“UPSI kini menjadi pilihan ramai selebriti tanah air untuk melanjutkan pengajian menerusi APEL antaranya Datuk Nash dan terbaharu, Tomok, pelakon Zulkifli Ismail serta Amerul Affendi,” katanya.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff ketika menyampaikan ucapan aluan sempena majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Media dan Rakan Strategik UPSI 2025 yang berlangsung di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.

Sementara itu, Md Amin menyifatkan pengamal media dan rakan strategik sebagai individu penting yang menyumbang secara langsung kepada peningkatan nama baik UPSI di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Merekalah tulang belakang yang banyak membantu mengangkat nama UPSI. Terima kasih atas sokongan, jasa dan pengorbanan kalian kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Tambah beliau, UPSI amat bertuah kerana dikelilingi oleh sahabat media yang sentiasa bersama dalam menyampaikan berita dan laporan mengenai pelbagai program serta pencapaian UPSI kepada masyarakat umum.

“Saya tidak pernah lupa bahawa media ialah sahabat perjuangan kita. Mereka membantu membawa suara dan wajah UPSI ke seluruh pelosok tanah air bahkan ke luar negara. Inilah bukti nilai kepercayaan dan tanggungjawab yang dikongsi bersama.

Beliau juga menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian UPSI yang kini semakin dikenali bukan sahaja sebagai universiti pendidikan unggul tetapi juga sebagai pusat pembangunan holistik pelbagai bidang.

“UPSI hari ini bukan lagi hanya sebuah institusi tetapi sebuah jenama pendidikan yang diyakini. Ia adalah hasil kerja keras semua dari segenap warga universiti, rakan strategik dan tentunya media.

“Di UPSI, kami sentiasa menghargai dan meraikan sahabat media dan rakan-rakan strategik yang menjadikan UPSI sebuah universiti yang terkemuka,” katanya.

Majlis anjuran Bahagian Komunikasi Korporat UPSI itu turut dihadiri timbalan-timbalan Naib Canselor, dekan-dekan fakulti, ketua-ketua pusat tanggungjawab serta wakil-wakil media dan agensi strategik.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here