Lelaki yang mencederakan seorang pelajar remaja dalam kejadian perselisihan faham ketika memandu di Saujana Impian, Kajang pada bulan lalu akan dihadapkan ke Mahkamah Kajang esok.

KUALA LUMPUR – Lelaki yang mencederakan seorang pelajar remaja dalam kejadian perselisihan faham ketika memandu di Saujana Impian, Kajang bulan lalu akan dihadapkan ke Mahkamah Kajang esok.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya sudah menerima arahan pertuduhan daripada Timbalan Pendakwa Raya terhadap suspek berusia 39 tahun yang bekerja sebagai penasihat sebuah agensi pelancongan.

“Siasatan telah selesai dan suspek akan dituduh di mahkamah esok,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan penahanan seorang lelaki selepas dipercayai mencederakan seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun dalam kejadian pada 14 Mac lalu.

Menurut Naazron, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa telah dipukul oleh seorang lelaki tidak dikenali selepas berlaku perselisihan faham ketika memandu.

Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan retak pada tulang hidung dan menerima rawatan di Hospital Kajang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here