Mohamad.

GEORGE TOWN – “Penganjuran pesta Songkran di Batu Feringghi di sini, baru-baru ini mempunyai lesen hiburan, namun tidak mengikut syarat yang ditetapkan,” kata Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohamad Abdul Hamid.

Jelas beliau, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan mengambil tindakan, termasuk mengeluar surat tunjuk sebab kepada penganjur acara berkenaan.

“Penganjuran pesta itu di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu MBPP.

“MBPP akan mengambil tindakan, termasuk mengeluar surat tunjuk sebab kepada penganjur acara berkenaan kerana tidak mengikut syarat yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Tambah Mohamad, pandangannya tetap selari dengan kenyataan Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman, pada 10 April lalu yang menegaskan umat Islam dilarang mengambil bahagian dalam festival Songkran, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Artikel berkaitan: Pesta Songkran: Kariah kesal wanita menari seksi berhampiran masjid

Tiada laporan polis diterima isu pesta Songkran di Batu Feringghi

Semalam, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya belum terima laporan daripada mana-mana pihak berhubung video tular.

Semakan mendapati acara itu dianjurkan oleh sebuah restoran yang memiliki lesen perniagaan dan tempat hiburan daripada MBPP.

Terdahulu, kariah Masjid Jamek Ar-Rahman di Batu Feringghi di sini, melahirkan kekesalan susulan penularan satu video memaparkan sekumpulan wanita menari dalam keadaan berpakaian separuh bogel semasa sambutan pesta muzik Songkran baru-baru ini.

Pengerusi Kariah, Ismail Din berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu selepas video berkenaan tular di media sosial pada Ahad lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here