Wanita SPRM
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementerian Ekonomi mencapai bersetuju untuk menubuhkan sebuah pasukan khas bagi memantau peruntukan serta pelaksanaan projek-projek diluluskan oleh kementerian itu di peringkat negeri dan daerah.

Langkah ini bertujuan memastikan ketelusan, mencegah ketirisan serta meningkatkan tahap tadbir urus dalam pengurusan dana awam di seluruh negara.

Antara terma utama pasukan khas ini termasuk pertukaran maklumat antara SPRM dan Kementerian Ekonomi berhubung jumlah peruntukan yang disalurkan ke negeri dan daerah.

Selain itu, pelaksanaan pemeriksaan mengejut serta siasatan terhadap kes rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan, serta usaha mengenal pasti dan menambah baik kelemahan dalam tatacara pelaksanaan (SOP) sedia ada.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menyambut baik kerjasama strategik ini dan mengalu-alukan keseriusan serta keterbukaan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dalam memastikan setiap projek kementerian dilaksanakan secara telus dan berintegriti.

“Kesungguhan yang ditunjukkan oleh YB Menteri merupakan langkah penting ke arah pengurusan yang lebih cekap dan wajar dijadikan contoh kepada kementerian serta agensi lain.

“Inisiatif ini dijangka memperkukuh usaha bersama membanteras rasuah dalam sektor pembangunan dan menjamin manfaat sebenar disalurkan kepada rakyat di peringkat akar umbi,” katanya dalam kenyataan, hari ini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here