Abby (kiri) mendedahkan sebab suami pernah menampar Aslam satu ketika dulu.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Abby Abadi kesal kerana terlalu berlembut dalam membesarkan anak perempuannya, Marissa Dania sehingga tercetus konflik keluarga sejak kebelakangan ini.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Abby turut menyatakan kekecewaannya terhadap sikap bekas suami, Norman Hakim dalam hal melibatkan anak-anak mereka namun memilih untuk tidak mengulas lanjut bagi mengelak dianggap membuka aib.

Abby mengaku banyak melakukan kesilapan termasuk bersikap terlalu tenang dan mengalah dalam setiap perkara hingga memberi kesan jangka panjang terhadap anak-anak.

Mengulas lanjut, pelakon drama Gerak Khas itu turut menjelaskan punca sebenar suaminya kini, Faizal Zakaria bertindak menampar menantunya, Aslam.

Katanya, insiden berkenaan berlaku ketika Marissa masih di bawah umur dan dalam jagaan mereka dan kejadian itu juga tidak dimaklumkan kepada Norman kerana tidak sempat diceritakan.

“Kenapa bapa tiri yang lempang Aslam? Sebab masa berlakunya kejadian itu Marissa bawah umur dan dia bawah jagaan saya dan suami.

“Bapanya tidak tahu pun berkenaan ini sebab saya tak sempat nak bercerita rasanya. Dua-dua memang salah tetapi kalau saya buat laporan polis waktu itu, Aslam yang akan ke dalamkan? Tetapi saya tak sampai hati,” jelasnya.

Sebelum ini, Abby turut mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang mendesaknya memohon maaf kepada isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan. 

Suaminya juga pernah memberi amaran kepada Aslam agar tidak mengganggu Marissa sebelum mereka berkahwin secara rahsia.

Pasangan Marissa dan Aslam mencetuskan kontroversi apabila bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama Aslam yang ketika itu sedang menunaikan umrah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here