Universiti melihat bahawa amalan biasa pelantikan pentadbir staf akademik wajar diteliti semula kerana dibimbangi bahawa staf akademik lebih banyak terbeban dengan kerja pentadbiran berbanding kerja hakiki yang biasanya disebut dengan 7P.-Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis, sayap anak muda Parti Sosialis Malaysia (PSM) bersama Teroka by MUDA (TEROKA) mencadangkan kerajaan mewajibkan majikan membayar elaun minimum yang setara dengan gaji minimum kepada pelatih (intern).

Kedua-dua pihak menerusi kenyataan bersama berkata, pelatih juga wajar dilindungi di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan diberikan akses kepada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menurut beliau, majikan perlu adil kepada pelatih dengan memberikan mereka perlindungan seperti yang dinikmati oleh para pekerja.

“Setiap tahun, ribuan mahasiswa menjalani latihan industri selama empat hingga enam bulan, bekerja 8 hingga 9 jam sehari tanpa menerima bayaran setimpal,” katanya.

Dalam masa yang sama, PSM dan TEROKA turut menuntut supaya kerajaan menyediakan sistem pengambilan pelajar ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang seimbang dan inklusif, dengan nisbah 50:50 antara merit akademik dan latar belakang sosioekonomi.

“Pelajar cemerlang dari semua etnik dan kawasan terpinggir wajar diberi tempat tanpa diskriminasi.

“Mereka juga harus ditawarkan biasiswa penuh atau pinjaman pendidikan berdasarkan keperluan sebenar, berdasarkan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI),” katanya.

Terdahulu, kedua-dua pihak memaklumkan memperjuangkan enam perkara kritikal melibatkan generasi muda.

Ia melibatkan hak mahasiswa, mewujudkan peluang pekerjaan yang adil dan menangani penghijrahan bakat muda.

“Selain itu fokus kami adalah untuk memperkukuh pendidikan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), menuntut sistem pendidikan yang praktikal serta memperkenalkan reformasi struktur dalam pentadbiran tempatan dan ekonomi rakyat,”  jelasnya.

Selain itu kedua-dua pihak menggesa sistem pendidikan negara memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran praktikal dan bukan hanya pencapaian akademik.

“Kami menggesa agar TVET diperkukuh serta program externship dan internship diperluas agar graduan bukan sahaja berilmu, tetapi juga berkemahiran tinggi dan bersedia menyumbang secara langsung dalam sektor pekerjaan,” ujarnya.

Dalam masa sama mereka berpendapat bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Anti-Diskriminasi Pekerjaan digubal dan dikuatkuasakan dalam proses pengambilan pekerja.

“Proses pengambilan pekerja harus dijalankan secara telus, adil dan berlandaskan kecekapan, bukannya identiti,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here