TOKYO – Seorang pemandu bas Jepun yang berkhidmat selama 29 tahun kehilangan wang pencennya berjumlan AS$84,000 selepas dipecat kerana mencuri wang sebanyak AS$7 daripada tambang penumpang.
Kyoto City memecat lelaki itu, yang tidak dinamakan, selepas dia dirakam oleh kamera keselamatan bas merompak 1,000 yen (AS$7) pada 2022.
Dalam insiden asal, sekumpulan lima penumpang menaiki bas dan membayarnya tambang 1,150 yen.
Pemandu mengarahkan kumpulan itu untuk memasukkan syiling bernilai 150 yen ke dalam kotak tambang, dan menerima baki 1,000 yen di tangannya.
Walaupun aksinya dirakam kamera, dia cuba menafikannya semasa pertemuan dengan pegawai atasannya.
Pemandu itu telah ditegur beberapa kali sepanjang kerjayanya berhubung pelbagai insiden, menurut keputusan itu.
Ini termasuk menghisap rokok elektronik berulang kali semasa bertugas, walaupun tiada penumpang di dalam basnya.
Selepas dia dinafikan wang persaraannya lebih daripada 12 juta yen (AS$84,000), pemandu itu bertindak menyaman bandar itu tetapi kalah dalam kes tersebut.
Keputusan itu kemudian telah dibatalkan dengan memihak kepadanya kerana hukuman yang diberikan keterlaluan.
Tetapi pada hari Khamis Mahkamah Agung menyampaikan keputusan muktamad yang memihak kepada bandar itu, mengembalikan semula hukuman asal.
Mahkamah memutuskan kelakuan lelaki itu boleh menjejaskan kepercayaan orang ramai terhadap sistem dan operasi perkhidmatan bas yang baik.
Bandar Kyoto menyambut baik keputusan itu. – Agensi